Thursday, April 07, 2011

Kisah Si Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)"

2. Iblis berkata : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud : "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan)."

4. Iblis berkata : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong @ yang berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi : "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis : Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)"

8. Kata iblis : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap. Apakah perangkap bagiku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

No comments:

Post a Comment